Sunday, October 4, 2009

the cheeky "azraa imtiaz"



cahaya hatiku...
tup..tup..tup.. rezeki Allah datang lagi, alhamdulillah kami dikhabarkan dengan kehadiran ahli baru masa tu genap usia aufa 5 bulan...seronok tak terkata..sampai husband pon tak percaya dengan result pregnancy test dan gi semula tanya kat pharmacist hik!hik!. aufa dapat la kawan baru..yang risau ibunyer..terpikir mcm mana nak jaga 2 baby kecil..nak fikir sakit bersalin lagi...keje2 umah lagi...akhirnyer satu perjanjian termeterai " ibu jangan risau..ayah akan jaga dan buat semua perkara dalam rumah untuk ibu" di petik dari kata2 seorang suami yang baru nak sedar...mujurla janji tu terlaksana hingga ke hari ini..hopefully it will remains accomplished ever after...

tanggal 23 ogos 2009(2.41a.m), azraa imtiaz selamat dilahirkan di hospital besar teluk intan..jadi orang perak ler teman...kakak aufa orang selangor..Allah permudahkan segala urusan kelahiran walaupun post date 9 days macam dulu. Masa ni orang tengah sibuk berpuasa, nampak gaya ibu kena qada' pose sebulan..cian ayah hari2 buka lauk bazaar..yer ker kesian..lagi best lauk pauk dia..kita juga yang makan ikan bilis..but for azraa.."we love you"

the chubby "aufa insyirah"



permata hatiku...
dilahirkan pada 13 mac 2008, di hospital tengku ampuan rahimah klang.. bertarung 7 jam di wad bersalin hospital banting, kemudian bergegas di bawa ke HTAR klang kerana komplikasi kelahiran yang terlalu lama akhirnya tepat pukul 8.23 pagi lahirlah zuriat kami yang pertama..kehadirannya cukup menbawa erti dalam hidup kami..rezeki aufa lahir kita dapat tinggal bersama ayah..ramai orang kata muka macam ibu..comel tak? la ni dah pandai jalan lagi ligat la mengukur keluasan rumah..pantang jumpa orang asyik nak mencakar je..mungkin terkenan dulu ibu nyer ringan jer tangan jentik anak murid kalo tak bawa buku atau tak siap homework... agak nyer la kot.. tiap-tiap hari tengok aufa membesar hilang segala penat..

Friday, October 2, 2009

bermula satu pertemuan...


back to the history...

sedar tak sedar dah tiga tahun aku kahwin...rasa macam baru jer
mak hantar masuk U, balik grad bawa "scroll" n "someone"..but thanks UIA..
..alhamdulillah tarikh keramat 11 mac 2007 aku dan dia disatukan... walaupun pernah melalui saat-saat sukar duduk berjauhan selama setahun namun rezeki Allah bulan 6 2008 pertukaranku ke perak diluluskan..hadiah paling berharga ye la dapat baby dan dapat tukar.. and now life is begin...

ahlan wasahlan

selamat datang ke laman shariff...
akhirnyer aku ada juga masa nak create blog ni.
dah lama nak "launch" blog ni..tapi sibuk memanjang..
kekadang bila dah depan pc, dok sibuk baca blog org.. nak start dah tak der idea..
melalui kekangan yang ada akhirnyer sempat juga aku create blog ni..
semoga kehadiran blog ni dapat memeriahkan lagi dunia maya kita...


 
Copyright 2009 laman shariff. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com